Allah Tahu Hatimu

Apabila engkau memandang segala-galanya daripada TUHANmu, yang menciptakan segala-galanya, yang menimpakan duka ke atasmu, yang membuat segala keinginan engkau terhalang serta menyusakan hidupmu, pasti engkau akan terasa damai di hatimu.

Mustahil Allah sengaja mentakdirkan segala-galanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan kerana ALLAH tidak tahu betapa deritanya hidup engkau dan betapa retaknya hati engkau tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati seperti inilah yang lebih lunak untuk dekat dengan-Nya dan akrab dengan-Nya.

Akurlah Dengan Kehendak Tuhanmu

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA

Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.
(Surah al-Anaam: ayat 59)

Tuhan Tak Pernah Lupakan Hamba-Nya Tapi Hamba-Nya Selalu Lupakan Tuhan

Kadang kala hati kita sebagai manusia ini sering tidak puas dengan apa yang Allah berikan...
Hati menjerit..mengenangkan nasib kita, kadang kala kita mengeluh sendiri..
Kadang-kadang kita selalu juga mengomel sendiri..

" Ya Allah! Kenapalah aku ni nasib malang dan sentiasa diuji?"

Di sini Allah menjawab dengan kita tapi kita tak menyedarinya pun Allah dah berkata-kata dengan kita tanpa kita sedar.

Allah Berkata-kata kepadamu


Ketika kita mengeluh “hmm, kenapa la aku diuji, kenapa kenapa ?”
Allah menjawab:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang berdusta.” (surah al-Ankabut ayat 2-3)

"Kenapa mesti ada ujian ?”
Alllah menjawab:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(surah al-Baqarah ayat 216)