Allah Tak Pernah tak Sayang


Allah tak pernah tak sayang? Pejam mata, fikirkan sedalamnya... Bukankah kita punya mata yang mampu melihat, telinga yang boleh mendengar, mulut yang bisa mengungkap kata, kaki dan tangan yang dapat berfungsi sebaiknya? Bukankah kita miliki keluarga dan sahabat di sisi? Apakah yang membuatkan engkau masih ragu-ragu dengan kasih sayang Allah kepadamu? Lihat semula surah Al-Mulk, ayat 23 yang bermaksud :

"Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagi kamu. Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur." (Surah Al-Mulk, ayat 23)


Agama Islam menjunjung tinggi nilai persaudaraan, kasih sayang dan saling mencintai antara sesama manusia, terlebih terhadap sesama Muslim. Sedemikian tingginya perhatian Islam tentang menjalin persaudaraan dan kasih sayang, sehingga dikaitkan dengan kesempurnaan iman. Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak beriman salah seorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR al-Bukhari).
Bahkan sifat berkasih sayang dan menghindari permusuhan adalah sifat mulia yang akan mendapat kecintaan daripada Allah SWT seperti sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya”. (HR at-Tarmizi).
Dalam kehidupan manusia pada hari ini, semakin berkurangnya hubungan kasih sayang sesama saudara seagama. Ada segelintirnya itu sanggup bermusuhan demi mencapai apa yang dihajati. Bukankah Allah SWT telah memerintahkan umat manusia khususnya umat Islam untuk saling berkasih sayang?

Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit.” (HR Thabrani).

Islam merupakan agama yang sentiasa menekankan manusia agar berakhlak mulia dan menyebarkan kasih sayang. Bukan sahaja sesama Islam, malah kepada yang bukan Islam dan seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Dengan adanya rasa kasih sayang, maka terciptalah sifat kepedulian, kedamaian dan rasa empati kepada orang lain.
Selain itu, menyebarkan kasih sayang juga dinilai sebagai salah satu bentuk ibadah. Ini kerana dengan menyebarkan kasih sayang sesama manusia, secara tidak langsung kita sudah menyebarkan satu aura positif di kalangan manusia untuk saling berkasih sayang dan berbuat kebaikan.
Dalam hadis riwayat Na’im melalui Ibnu Abbas R.A, disebutkan:
“Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah, Dia mencintai sifat pemurah, dan Dia mencintai akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah.”
Oleh itu, marilah kita sama-sama menyebarkan kasih sayang dalam kalangan manusia agar ukhuwah yang terbina di antara masyarakat tetap utuh dan jitu walaupun tanpa hubungan darah.

Cinta Pada Dunia Tidak Kekal Selamanya














Kita semua pasti pernah jatuh cinta. Perasaan yang tidak dapat dielak oleh semua manusia. Hal ini demikian kerana perasaan cinta itu hadir tanpa diduga. Fitrah bagi manusia merasai perasaan ini. Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan.
Seperti diceritakan dalam Al-Quran surah An Nisaa tentang makhluk yang tercipta berpasang-pasangan. Akan tetapi kita perlu ingat kadang-kadang perasaan cinta juga mampu membawa kita ke jalan kemaksiatan sekiranya kita terpesong dari jalan yang sebenar.

Jangan terlalu pasti


Kita tak boleh terlalu pasti, kerana kepastian hanya ada pada Allah. Apatah lagi soal hati, yang boleh berbolak balik lebih cepat daripada air yang mendidih.

.
Jangan terlalu berharap jika tiada kepastian kerana yang perlu kita pastikan bukan hati orang, tapi hati sendiri. Orang yang keliru dengan perasaan sendiri, tak mungkin boleh membahagiakan orang lain.

Malulah Kepada Allah


Jika kita tidak malu kepada manusia, malulah kepada ALLAH..
Bentenglah diri dengan rasa malu..
Malulah kepada Allah Yang Maha Melihat walau di mana kita berada..

Biarlah tidak mendapat kasih sayang manusia andai kasih Allah yang masih kita cari pun kita tak dapat lagi..

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami menciptakan Kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya". (Surah Al-Hujurat : 13)

Hmmm...dengan ayat ni memang Allah suruh kita saling berkenalan.. Tapi ingat, jagalah batasan kita sebagai seorang muslim.
Jangan pula bercampur gaul antara satu sama lain tanpa ada batasan dalam syariat..