Showing posts with label Peringatan Dari Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan Dari Tuhan. Show all posts

Malulah Kepada Allah


Jika kita tidak malu kepada manusia, malulah kepada ALLAH..
Bentenglah diri dengan rasa malu..
Malulah kepada Allah Yang Maha Melihat walau di mana kita berada..

Biarlah tidak mendapat kasih sayang manusia andai kasih Allah yang masih kita cari pun kita tak dapat lagi..

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami menciptakan Kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya". (Surah Al-Hujurat : 13)

Hmmm...dengan ayat ni memang Allah suruh kita saling berkenalan.. Tapi ingat, jagalah batasan kita sebagai seorang muslim.
Jangan pula bercampur gaul antara satu sama lain tanpa ada batasan dalam syariat..

Akurlah Dengan Kehendak Tuhanmu

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA

Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.
(Surah al-Anaam: ayat 59)