Jika kita tidak malu kepada manusia, malulah kepada ALLAH..
Bentenglah diri dengan rasa malu..
Malulah kepada Allah Yang Maha Melihat walau di mana kita berada..
Biarlah tidak mendapat kasih sayang manusia andai kasih Allah yang masih kita cari pun kita tak dapat lagi..
Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami menciptakan Kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya". (Surah Al-Hujurat : 13)
Hmmm...dengan ayat ni memang Allah suruh kita saling berkenalan.. Tapi ingat, jagalah batasan kita sebagai seorang muslim.
Jangan pula bercampur gaul antara satu sama lain tanpa ada batasan dalam syariat..
Nah, cantikkan Allah buat peraturan... Boleh bergaul, boleh berkenalan, tapi mesti ada batasnya tau...
So, kena ada sifat malu dan segan dalam diri kita sebagai seorang muslim dan hamba Allah... Jangan orang kata.."asal boleh je.."..
Mesti ada tatacara dalam pergaulan Islam.. Kan menarik dan manis tu...
Terutama gadis...bentengkanlah dirimu dengan perasaan malu ketika bersosial ye. Tak kiralah dengan siapa sahaja kita berada dan bersama.. Kan malu tu sebahagian dari iman??
Jadikanlah rasa malu itu sebagai tonggak utama dalam diri kita... Bukan bertepuk tampar sesuka hati walau berlapik... Erm,,kan tak manis macam tu...Memang lumrah perempuan dan wanita terkenal dengan sifat malu... Jadi perlulah ada dalam diri ye...
Janganlah pulak bila ketawa tu..mengilai-ngilai dah macam pontianak pulak.... Cuba kita ketawa mengilai depan cermin, mesti kita tengok hodohnya diri kita.. Betul tak???
Hmm...ini peringatan dan pesanan je... Jangan ada yang terasa pula ye...
Senyum itu indah... So senyum je la yang paling baik....
No comments:
Post a Comment