Allah Tahu Hatimu

Apabila engkau memandang segala-galanya daripada TUHANmu, yang menciptakan segala-galanya, yang menimpakan duka ke atasmu, yang membuat segala keinginan engkau terhalang serta menyusakan hidupmu, pasti engkau akan terasa damai di hatimu.

Mustahil Allah sengaja mentakdirkan segala-galanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan kerana ALLAH tidak tahu betapa deritanya hidup engkau dan betapa retaknya hati engkau tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati seperti inilah yang lebih lunak untuk dekat dengan-Nya dan akrab dengan-Nya.



Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa cubaan atau ujian hidup boleh melemahkan cita-cita dan melumpuhkan keyakinan. Ini kerana pada dasarnya kita hanya mengingini perkara yang mudah sahaja dan tidak mahu menghadapi kesusahan apatah lagi cubaan hidup. 
Walau bagaimanapun, bagi orang-orang yang beriman dan mahu memperkukuh akidah mereka, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangat mereka untuk mengabdikan diri kepada ALLAH dan mempertingkat ketaqwaan mereka.

Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan sesuatu itu baik dan jahat, kemudian DIA menerangkannya.
 Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan, tetapi tidak melakukannya, ALLAh akan mencatat di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna.

Sesiapa yang berniat untuk melakuikan satu kebaikan lalu melakukannya, ALLAh akan mencatat kebaikan itu di sisi-Nya sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali lipat ganda malahan lebih dari itu.

Sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, ALLLAH mencatat satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan itu, dan melakukannya, ALLAh akan mencatat kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan sahaja. 
(Hadith Qudsi diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas r.a)


No comments: